Alhamdulillah. Allah SWT permudahkan segala urusan PINTA Perlis dengan pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau untuk urusan anak-anak pelajar tahfiz mempelajari asas pendawaian elektrik.
Untuk permulaan, 20 orang pelajar daripada 3 buah maahad tahfiz terpilih untuk menyertai kursus ini selama 2 hari pada hari Sabtu, iaitu pada 20 dan 27 Ogos 2022.
Semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan untuk program lain di masa akan datang agar lebih ramai lagi pelajar tahfiz terlibat dengan ilmu yang bermanfaat ini.
Terima kasih kepada pihak Politeknik dan Maahad Tahfiz yang terlibat.
