Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah di atas limpahan rahmat dan kurniaanNya Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA) Perlis dapat bersama-sama di dalam Majlis Khatam Al-Quran Dan Munajat Badar anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA) Kebangsaan pada petang Sabtu tanggal 3 Julai 2021 bersamaan tarikh 24 Zulkaedah 1442 secara atas talian (online) menggunakan aplikasi Zoom yang turut disiarkan secara langsung di laman facebook PINTA Kebangsaan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PINTA Perlis yang terlibat, terutamanya kepada para pelajar serta guru-guru daripada 7 buah Maahad Tahfiz yang telah berusaha mengkhatamkan al-Quran untuk program ini. 7 buah Maahad Tahfiz yang dimaksudkan ialah:
- Maahad Tahfiz Al-Hikmah
- Maahad Tahfiz Al-Masyhur
- Maahad Tahfiz Al-Othmani
- Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN)
- Maahad Tahfiz Al-Quran Nur Intibah
- Maahad Tahfiz Al-Barokah
- Madrasah Tahfiz Ar-Rohman
Semoga Allah Ta'ala menerima segala usaha kita yang tak seberapa ini dan menjadikannya sebagai asbab ketenangan, kesihatan serta kebaikan buat kita semua, insyaAllah. Bagi yang mahu menonton rakaman majlis tersebut sila tekan link ke video tersebut di sini. Terima kasih.